Smartrend sentiasa berusaha untuk mencari firma-firma yang berorientasi terhadap kualiti untuk menyertai jaringan kilang antarabangsanya. Sebagai pengilang kontrak yang layak, firma anda akan bekerja rapat dengan Smartrend untuk membekalkan bahagian-bahagian, komponen atau produk-produk lain kepada senarai pelanggan-pelanggan antarabangsa kami yang semakin berkembang dalam berbagai-bagai jenis industri.
Pembekal-pembekal Smartrend mesti mempunyai sijil ISO atau yang setaraf dengannya dan ada kebolehan bagi pengesahan standard kualiti antarabangsa ini dan juga apabila telah di capai dapat mengekalkan secara berterusan . Pengalaman pengilangan industri dan penglibatan dalam pengeluaran produk-produk untuk pasaran Amerika Utara adalah wajib.
Smartrend adalah satu firma yang mempunyai pengalaman dalam pencarian produk diperingkat antarabangsa dan beribupejabat di Kanada. Smartrend mempunyai kakitangan yang berkepakaran dalam bidang kejuruteraan, pemastian kualiti, logistik dan perdagangan antarabangsa. Smartrend juga bertanggung jawab untuk membangunkan hubungan perniagaan berpanjangan dengan pembekal-pembekal serta menawarkan kualiti dan nilai kepada pelanggan-pelanggan nya di merata dunia.
Required Fields *